Testimoni

faezah

Saya sebelum ini zero knowledge dalam berenang tapi selepas mengikuti
kelas renang bersama smart-renang, saya mampu berenang “breast stroke”
dalam masa yang singkat. Cara pembelajaran yang mudah difahami
dan instructor yang friendly memudahkan proses berenang. Dalam kelas
saya diajar dari basic  hingga ciri-ciri keselamatan di kolam renang.
Kini saya yakin untuk berenang tanpa pengawasan.

Terima kasih smart-renang

Faezah Shahurin
Cyberjaya.

 

liza

Saya pernah mengikuti kelas renang semasa belajar di universiti 10
tahun yang lalu namun saya jarang jarang pergi berenang. Baru-
baru ini saya telah pergi ke sebuah pulau untuk mengikuti kelas
menyelam(scuba), walau bagaimana pun saya dapati diri saya
begitu cemas ketika disuruh masuk ke dalam air untuk percubaan
kelas menyelam. Saya dapati teknik renang saya tidak membantu
dan saya begitu cemas apabila disuruh terjun masuk ke laut dalam.
Akhirnya kerana terlampau takut saya batalkan hasrat untuk
menyertai kelas scuba.

Saya tekad untuk memperbaiki teknik renang saya dan membina
keyakinan untuk berenang di tempat yang dalam. Saya
mendaftarkan diri untuk kelas renang peribadi (private coaching)
dan berjaya menguasai teknik renang yang betul dalam masa yang singkat.
Dengan penjelasan, pemerhatian, tips dan nasihat daripada
jurulatih renang, ia membantu saya berenang menggunakan
teknik betul dan penuh keyakinan. Saya bersyukur dan amat
berterima kasih kepada En.Mohdbazli kerana tunjuk ajar, kesabaran dan
kepercayaannya kepada saya bahawa setiap insan boleh berenang
dengan baik jika ditunjukkan dengan teknik dan latihan yang betul.
Insyaallah… dengan ilmu yang dicurahkan akan saya manfaatkan
sebaik mungkin. Terima kasih coach!

Liza Kamarudin
Puchong, Selangor

 

keluarga aziyah

Saya adalah seorang yang fobia dengan air. Namun atas desakan suami, kami sekeluarga mendaftar untuk mengikuti kelas renang. Kami menggunakan khidmat jurulatih Mohdbazli sebagai personal instructor kami. Alhamdulillah, walaupun saya pertama kali belajar berenang, dengan teknik dan pendekatan yang digunakan oleh beliau di samping latihan di luar waktu kelas membolehkan saya menguasai teknik renangbreaststroke pada kelas yang ke tiga.

Berpuas hati dengan teknik dan pendekatan yang digunakan oleh beliau, kami sekali lagi menggunakan khidmat mohdbazli untuk menyambung kelas freestyle.  Walaupun agak susah berbanding breaststroke, kami dapat menguasainya dengan pendekatan yang berkesan yang digunakan oleh beliau. Beliau telah mengajar kami dengan teknik dan pendekatan yang mudah difahami bagi saya mahupun anak saya yang berumur 7 tahun. Beliau juga sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan  sepanjang sesi pembelajaran terutama ketika aktiviti water treading yang memerlukan kami berada di dalam kolam sedalam 2 meter. Anak-anak saya juga gembira semasa menjalani sesi kelas renang kerana mereka telah dapat menguasai teknik renang yang betul dengan cara yang santai dan tidak tertekan.

Kini saya tidak lagi berada di tepi kolam sebaliknya dapat mandi dan berenang bersama anak-anak dan suami setiap kali kami pergi bercuti. Saya tidak lagi fobia dengan air. Terimakasih En.Mohdbazli kerana dapat merealisasikan impian kami sekeluarga.

Aziyah Ahmad & Mohd Nodri Kassim

Beranang, Selangor

Share

Add a comment »One comment to this article

  1. Camna nak belajar berenang?
    Umur 7,7,11 dan 33 Tahun

    Reply

*


*

Copyright © All Rights Reserved · Green Hope Theme by Sivan & schiy · Proudly powered by WordPress