Berenang
Memperkenalkan program baru dari kami – Deep Water Confident
Ramai orang yang boleh berenang dengan baik di kolam tetapi apabila diajak berenang di laut terbuka rata-rata akan menggelengkan kepala atas pelbagai alasan. Alasan utama yang sering diberi – “alamak! takutla..” Jadi menyedari ramai yang teringin berenang di laut tetapi mempunyai perasaan takut yang tinggi, tidak yakin dengan skill renang yang dimiliki, kami di smart-renang menyediakan dan memberi peluang kepada individu atau kumpulan yang ingin membina keyakinan yang tinggi mengatasi ketakutan tersebut.
Silibus yang akan diajar dalam program ini :
- Memahami perbezaan buoyancy di laut berbanding kolam (shallow water)
- Water Treading – bagaimana mengapungkan diri dengan penggunaan tenaga yang paling minima (shallow and deep water)
- Group Formation (deep water)
- Berenang beberapa meter ke arah buoy yang disediakan sambil diiringi jurulatih dan juga kayak.
Peralatan yang disediakan semasa program :
- Life Jacket
- Buoy Ball
- Kayak Pengiring
- Swimming Floaties
Program ini disediakan atas permintaan. Minima peserta yang diperlukan untuk menjalankan program ini ada adalah sekurang-kurangnya 4 orang. Jadual program ialah hari Ahad.
Venue :
Program ini akan dijalankan di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson.
Sekiranya anda mempunyai kumpulan minima 4 orang dan berminat mendapatkan pengalaman berenang di laut terbuka, program ini amat berguna sebagai beginner. Hubungi saya di sini