kelaskanak2

kelas renang kanak-kanak

 

kelas renang

kelas renang kanak-kanak

 

 

Kelas Renang Kanak-kanak :

Kajian menunjukkan bahawa renang adalah satu aktiviti yang sangat baik untuk proses tumbesaran kanak-kanak. Banyak manfaat kesihatan diperolehi dengan aktiviti ini.

Berenang menyediakan kanak-kanak dengan pelbagai senaman, dari sejumlah kecil aktiviti dan pergerakan untuk senaman aerobik. Aktiviti bermain-main di dalam air sebenarnya adalah satu senaman kepada kanak-kanak tanpa disedari oleh mereka. Ia menyediakan senaman regangan dan toning exercise, atau senaman lengkap yang boleh memperkuatkan paru-paru dan juga jantung.

Ia juga baik sebagai aktiviti individu atau sebagai sukan berpasukan di mana anak-anak bersaing dalam perlumbaan berganti-ganti.

Kelas renang kanak-kanak ini dikendalikan secara berkesan, seronok dan selamat, bermula dari peringkat asas, pertengahan  dan lanjutan. Setiap peringkat direka untuk membantu kanak-kanak berenang dengan baik dan berkemahiran sekaligus dapat menyelamatkan nyawa. Kami hanya menerima kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke atas.

pertanyaan Bilakah kelas kanak-kanak ini dikendalikan ?

Kelas kanak-kanak ini dikendalikan setiap hari AHAD di kolam Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Kelas di sini bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Sila rujuk kepada peta lokasi yang disediakan.

 

pertanyaan Di manakah lokasi kelas kanak-kanak ini dijalankan ?

1. Kolam Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Kelas setiap AHAD pukul 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

 

pertanyaan Berapakah yuran yang perlu dibayar untuk kelas renang kanak-kanak ini ?

Yuran yang dikenakan ialah RM80 sebulan. Belajar 1 minggu 1 kali. Yuran ini adalah berdasarkan kedatangan pelajar iaitu 1 bayaran bersamaan 4 kali kedatangan. Datang kelas, dikira hadir. Tak datang kelas, bawa ke minggu seterusnya. Tetapi setiap bayaran hanya sah untuk 2 bulan sahaja.

Pada bulan pertama bayaran pendaftaran dikenakan sebanyak RM30. Bermakna RM30 (registration fee) + yuran kelas RM80 bersamaan RM110. Pada bulan kedua baharulah yuran menjadi RM80.

TIADA bayaran tiket dikenakan.

 

 

 

 

Alamat Kolam :

Kompleks Kejiranan Presint 16
Jalan P16
Putrajaya

 

Peta Lokasi Presint 16, Putrajaya

 

kelas-kanak2