dewasa

 

pelajar korea secara personal di sebuah apartment

 

 

Personal Coaching

Kenapa perlu ambil kelas personal ? Ada beberapa sebab kenapa ada sesetengah individu atau kumpulan kecil mengambil kelas secara personal. Saya senaraikan di sini sebab-sebabnya :

  • Ada individu yang malu belajar dalam kumpulan. Bila belajar secara one on one atau kumpulan kecil yang terdiri kawan-kawan rapat, taklah terasa malu sangat. Bila buat salahpun, orang lain tak nampak, katanya.. 
  • Sesetengah individu yang betul-betul serius, pakej personal coaching menjadi pilihan. Mereka ingin mendapatkan tunjuk ajar dari jurulatih semaksima mungkin semasa belajar. Jika belajar dalam kumpulan, kemungkinan perhatian jurulatih itu telah dibahagi-bahagi di antara pelajar.  Sebarang kesilapan atau kesalahan pelajar dapat diperbetulkan oleh jurulatih dengan pantas. Value for money katanya..
  • Bergantung pada tahap social seseorang, ada individu yang memang karektornya suka belajar secara solo atau kumpulan kecil. Tak suka ramai-ramai.
  • Ada juga yang mengambil pakej ini kerana nak cepat belajar sebab nak pergi oversea, nak masuk PLKN dan sebagainya. Kalau dalam kumpulan mungkin progress pembelajaran sedikit perlahan berbanding belajar secara solo. Lagi pun pakej ini, waktu pembelajaran boleh diatur mengikut kesesuaian masa pelajar dan juga jurulatih. Ada flexibility.

 

 pertanyaanBilakah kelas dikendalikan?

 Pelajar boleh memilih hari dan masa yang dirasakan sesuai dengan keperluan tetapi ianya juga bergantung kepada kekosongan masa tenaga pengajar. Pada kebiasaannya kelas ini dikendalikan pada sebelah petang di antara pukul 5.00 -6.00 pm

pertanyaanDi manakah kelas  ini dikendalikan?

Untuk kelas personal coaching ini kami telah berpindah ke Kolam Renang Pusat@Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Sebelum ini kami mengendalikan kelas ini di kolam awam Pusat Rekreasi Air Presint 6, Putrajaya. Tetapi djika terdapat sebarang permintaan dari kawasan sekitar yang berdekatan, kami sedia mempertimbangkannya.

pertanyaanBerapakah jumlah yuran yang perlu dibayar?

Kami menyediakan pakej seperti di bawah : ( 6 kelas )

 

 

Alamat Kolam :

Kolam Renang
Kompleks Kejiranan Presint 16,
Jalan P16, Putrajaya

personal-coaching