Bila Masa Sesuai Belajar Berenang?

Kelas Belajar Berenang

kelas belajar berenang

bila nak pandai nih!

Agak2 bilakah masa yang sesuai belajar berenang? Adakah ketika waktu lapang? Atau ketika sibuk? Atau selepas anda melalui pengalaman hampir lemas? Saya percaya setiap individu mempunyai jawapan masing-masing yang tentunya berbeza-beza antara satu sama lain.

Ada yang datang ke kelas saya belajar berenang  ketika waktu lapang, lepas waktu kerja. Ada yang kalut2 belajar lepas waktu kerja gak, tapi terpaksa belajar tiap2 hari coz takde masa katanya. Dah nak masuk U minggu depan. Nak masuk PLKN la, dan macam2 sebab lagi. Belajar dalam masa yang  agak tergesa-gesa. Sebenarnya belajar berenang eloklah pada waktu lapang, Ia ni perlu dilakukan dengan tenang, tak boleh kalut2. Ambil masa berlatih sendirian selepas pada waktu kelas. Praktikkan apa yang telah diajar oleh instructor anda satu persatu. Langkah demi langkah. Berpindah kepada latihan seterusnya jika anda sudah benar2 dapat menguasai satu-satu langkah. Orang kata kayuh pelan-pelan. Enjoy your self while being in the water.  Apa2 kemahiran pun, ia tidak dapat dikuasai dalam masa yang singkat. Jangan belajar dalam waktu tergesa-gesa. Anda susah untuk menguasai teknik yang diajar jika belajar dalam suasana tertekan.

Bagaimana pula cara untuk mahir berenang? Adakah dengan membaca buku teknik renang berulang-ulang? Atau melihat video teknik renang berulang-ulang?. Anda tidak akan mahir berenang jika anda tidak mulakan langkah pertama. Setelah anda menimba ilmu dengan membaca, melihat video dan sebagainya anda perlu praktikkan ilmu yang telah diperolehi itu. Praktis, praktis praktis.  Eh eh! boleh ke belajar berenang sendiri-sendiri. Memang tidak dapat dinafikan ada individu yang boleh berenang dengan hanya membaca buku, melihat video dan melihat orang berenang. Tetapi mereka yang mempunyai kebolehan sebegini tidak ramai atau jarang-jarang kita jumpa. Sebaiknya jika tidak yakin, pergilah ke kelas, belajar berenang dengan betul. Mulakan langkah pertama. Daftar dengan kelas renang berdekatan dengan kejiranan anda.

Kelas Belajar Berenang

Share

Bouyancy dan Renang

Timbul Masa Berenang

timbul masa berenang

daya apung badan

Apa makna bouyancy nih!Bouyancy dalam bahasa mudahnya ialah kemampuan sesuatu benda mengapungkan diri pada cairan tertentu seperti air, raksa dan sebagainya.

Daya apung atau bouyancy ini dipengaruhi oleh perbandingan antara  jisim sesuatu benda dan jenis cairan yang terlibat atau lebih tepat lagi dikenali sebagai density. (kepadatan sesuatu objek). Jika didapati density sesuatu benda atau objek itu lebih besar dari density air, maka dengan mudahnya objek itu akan tenggelam. Ini disebut bouyancy negatif. Jika density objek itu lebih kecil dari density air, maka objek itu tadi akan timbul. Ini dinamakan bouyancy positif.

Apa kaitan bouyancy dengan tubuh kita semasa berenang? Di sini ada dua elemen yang berkait rapat. Tubuh dan juga air.

Pada asasnya ada 4 faktor berkaitan tubuh badan yang dapat mempengaruhi daya apung@bouyancy semasa berenang :

1. Saiz atau Volume paru-paru seseorang. Lebih besar saiz paru-paru seseorang itu, maka lebih tinggi daya apung yang dimiliki

2. Jumlah lemak dalam tubuh. Lebih besar atau banyak lemak yang dimiliki seseorang dalam tubuhnya, maka lebih mudah ia terapung di    dalam air. Inilah sebab mengapa orang yang gemuk, mudah terapung dan mudah belajar berenang. satu kelebihan..

3. Volume otot pada tubuh. Jika lebih besar volume otot yang dimiliki seseorang itu, maka lebih rendah daya apung yang dimiliki. Dengan kata lain, ia senang tenggelam. Sinker! Bouyancy negatif. Lambat belajar berenang!

4. Jisim tulang. Semakin besar saiz atau kerangka tulang seseorang, maka semakin rendah daya apung yang dimiliki. Pada kebiasaannya jisim tulang yang besar dimiliki oleh kaum lelaki. Ini menunjukkan kaum lelaki mudah tenggelam berbanding kanak-kanak dan kaum wanita.

Elemen yang kedua pula ialah air. Air yang mempunyai density tinggi seperti air laut memberi daya apung yang tinggi kepada tubuh badan manusia. Sementara air yang berdensity rendah seperti kolam, tidak membantu bouyancy seseorang itu semasa berenang. Ini menjelaskan kepada kita berenang di laut lebih mudah berbanding berenang di kolam renang biasa. Anda bagaimana? Adakah anda seorang sinker? Atau anda seorang floater? Semua ini mempengaruhi jangkamasa pembelajaran semasa di kelas renang..

Timbul Masa Berenang

Share

Water treading

camni cara tread water..

Apa dia water treading ? Water treading adalah satu aspek renang yang memerlukan perenang berada dalam kedudukan tegak di dalam air dengan kedalaman air yang tidak dapat dipijak dengan kaki dalam jangkamasa tertentu (bergantung pada tujuan). Kedudukan kepala berada di atas permukaan air.Water treading ini menyediakan peluang kepada perenang menjaga kepala mereka daripada tenggelam. Dengan ini mereka boleh berkomunikasi kepada sesiapa sahaja semasa melakukan latihan ini. Kepada seorang perenang, kebolehan atau skil ini merupakan perkara wajib yang mesti dikuasai.

Kenapa perlu belajar water treading nih? Water treading dilakukan adalah kerana berbagai tujuan. Untuk seorang askar seperti di gambar di atas, mungkin ia bertujuan menambah stamina, tujuan komunikasi dan sebagainya. Untuk seorang perenang, ialah boleh digunakan dalam untuk pelbagai tujuan. Katakan semasa anda berenang, tiba-tiba goggle yang anda pakai dimasuki air. Sedangkan anda berada di tengah-tengah kolam pada waktu itu. Ha..inilah masanya anda gunakan skil water treading. Berhenti seketika di tengah kolam dan bolehlah betulkan kedudukan goggle anda kembali.  Ataupun ketika berenang, anda rasa tak cukup nafas. Anda rasa perlu bernafas secukupnya. Jadi gunakanlah teknik water treading ini sebentar. Bernafaslah secukupnya sementara kepala berada di permukaan air. Bila sudah segar, sambung kembali latihan renang anda. Ada macam-macam lagi kegunaannya. Ringkas kata, skil water treading ni adalah skil wajib bagi seorang perenang.

Di dalam kelas renang yang saya kendalikan, skil ini juga adalah silibus wajib yang perlu pelajar jalani. Untuk melakukan latihan water treading ini ia melibatkan gerakan sculling dan juga kickingKicking yang paling popular dalam menjalani latihan water treading ini dipanggil eggbeater kick. Mari kita saksikan video bagaimana melakukan water treading dengan gerakaneggbeater kick. Klik di sini. Enjoy!

Share

Copyright © All Rights Reserved · Green Hope Theme by Sivan & schiy · Proudly powered by WordPress