KELAS RENANG WANITA DEWASA

muslimah

kelas renang muslimah

Kelas Renang Wanita Dewasa 

Terbuka kepada wanita berumur dari 13 tahun dan ke atas  termasuk warga emas. Kelas renang ini dikendalikan oleh tenaga pengajar wanita. Pelajar akan belajar dalam  kumpulan yang kesemuanya terdiri dari  wanita.

Kami percaya bahawa berenang adalah untuk semua orang, tidak kira had umur, asalkan anda mempunyai keinginan untuk belajar dan mempunyai keupayaan atau sihat tubuh badan.

Tidak kira jika anda water phobia air atau sememangnya 'kosong pengetahuan' dalam renang. Kami mempunyai pelbagai kelas renang disediakan untuk setiap keperluan. Jangan ragu untuk menghubungi kami untuk maklumat lanjut.

pertanyaan Di manakah kelas renang wanita dewasa ini dikendalikan dan bila?

Kelas renang untuk muslimah ini dikendalikan di kolam Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya. (sebelum ini di Presint 6) setiap Sabtu pukul 11.30 pagi / 3.00 ptg / 4.00 ptg dan setiap Ahad pukul 11.00 pagi

 

pertanyaan Untuk siapakah kelas ini disediakan ?

Kelas renang wanita dewasa ini diKHASkan kepada wanita yang berumur 13 tahun dan ke atas. Belajar dalam kumpulan yang kesemua pelajarnya adalah wanita. Dilatih oleh tenaga pengajar yang juga wanita bagi memberi keselesaan kepada pelajar terlibat.

 

pertanyaan Apakah kelebihannya untuk saya ?

Pertama, dengan pengajar wanita pasti akan membolehkan anda berasa lebih selesa. Sekiranya pelajar memerlukan bantuan dari segi pembetulan stroke, tiada perasaan malu atau kekok. Pengajar dan murid dua-dua dari jantina yang sama. Selain itu, wanita cenderung mempunyai struktur badan yang sama. Dengan pengajar wanita, mereka akan memahami badan pelajar lebih baik dan anda juga akan dapat mengikuti contoh mereka terhadap pergerakan badan lebih mudah

Kedua, semua rakan-rakan berenang dalam kumpulan anda adalah wanita juga. Ini akan membolehkan anda untuk membantu antara satu sama lain semasa sedang belajar berenang dan membetulkan kesilapan masing-masing tanpa malu. Anda bukan sahaja akan dapat mengambil satu kemahiran yang baru, anda juga akan dapat ramai kenalan baru, yang berpotensi boleh menjadi rakan-rakan sepanjang hayat anda. Kerana semua orang mempunyai matlamat yang sama untuk belajar berenang, anda telah mempunyai kawan yang mempunyai minat yang sama dan boleh merancang untuk melakukan aktiviti ini secara berkumpulan.

Ketiga, berenang bukan sahaja satu kemahiran penting. Ia juga merupakan bentuk senaman yang sangat baik dan dapat membentuk tubuh badan anda yang menarik. Berenang membolehkan anda sentiasa sihat dan cergas, menggalakkan gaya hidup yang sihat dan membantu dalam pengurusan berat badan. Mengekalkan gaya hidup sihat adalah penting dalam dunia hari ini. Dengan melakukan aktiviti renang, anda akan dapat membina sistem imuniti yang lebih kuat, membuat anda kurang terdedah kepada pelbagai penyakit.

Tidakkah anda bersetuju bahawa faedah renang tidak ternilai berbanding pelaburan yuran yang dibayar? Ini hanya beberapa manfaat, yang pastinya banyak lagi kelebihan yang diperolehi. Walau bagaimanapun, jika anda terus berlengah-lengah, maka anda tidak akan merasai apa yang aktiviti renang ini boleh tawarkan kepada anda. Dengan kelas renang untuk muslimah yang kami sediakan, hidup anda akan menjadi lebih baik secara fizikalnya. Jadi mengapa tidak mencubanya?

 

 

Alamat Kolam :

Kolam Pusat Kejiranan Presint 16
Jalan P16 Putrajaya
Wilayah Persekutuan

Lokasi Kolam Kelas Renang Muslimah :

 

 kelas-wanita