kelas renang lelaki dewasa

kelas renang lelaki dewasa kumpulan

Kelas Renang Lelaki Dewasa : 

Terbuka kepada lelaki berumur dari 14 tahun dan ke atas  termasuk warga emas. Kelas renang ini dikendalikan oleh tenaga pengajar lelaki. 

Tidak kira had umur anda, kami percaya bahawa berenang adalah untuk semua orang, asalkan anda mempunyai keinginan untuk belajar dan mempunyai keupayaan atau sihat tubuh badan.

Tidak kira juga jika anda water phobia atau sememangnya 'kosong pengetahuan' dalam renang. Kami mempunyai pelbagai kelas renang disediakan untuk setiap keperluan. Jangan ragu untuk menghubungi kami untuk maklumat lanjut.

 

pertanyaan Bilakah kelas renang dewasa ini dijalankan ?

Kelas renang dewasa lelaki ini dijalankan pada setiap hari SABTU. Kelas akan bermula pada pukul 3.00 ptg dan berakhir pada pukul 4.00 ptg sahaja. Jangkamasa kelas dikendalikan ialah selama 1 jam. 

 

pertanyaan Di manakah kelas renang untuk dewasa ini dijalankan ?

Kami menjalankan kelas renang untuk dewasa ini di kolam awam Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya. Sistem yang digunakan di sini adalah 'lock pool' bermakna tiada orang awam dibenarkan masuk ketika sesi kelas. Hanya ada pelajar sahaja

 

pertanyaan Berapakah jumlah yuran yang dikenakan untuk mengikuti kelas ini ?

Kami mengenakan bayaran yang terendah dan termurah di pasaran putrajaya. RM80.00 untuk setiap 4 kelas dihadiri dikenakan. Bayaran semurah ini dikenakan bagi membolehkan semua golongan mampu mengambil bahagian.

 

pertanyaan  Untuk siapakah kelas ini disediakan ?

Kami menyediakan kelas renang dewasa lelaki ini untuk pelajar yang  berumur 14 tahun dan ke atas. Tiada kanak-kanak diterima masuk ke dalam kelas kategori ini. Hanya orang dewasa sahaja.

 

 

Alamat Kolam :

Kolam Pusat Kejiranan Presint 16
Jalan P16 Putrajaya
Wilayah Persekutuan

 

Lokasi Kolam Kelas Renang Dewasa :

 

kelas-lelaki