Category Archives: Berita Terkini

Konsisten dan Kesabaran

Kelas Renang Kanak-kanak

kelas renang kanak-kanak

Ini adalah gambar En.Azman dan anak kecilnya bernama Mia. Mia baru berumur dalam lingkungan 3 tahun lebih. Seperti ibubapa zaman ini, En.Azman ingin melihat anaknya pandai berenang dari usia kanak-kanak lagi. En.Azman bukan sekadar ingin melihat anaknya pandai berenang sahaja, tetapi beliau mempunyai keazaman yang kuat untuk melihat Mia betul-betul boleh berenang. Keinginan dan keazaman En.Azman itu seiring dengan usahanya membawa Mia ke kelas renang hampir setiap minggu tanpa jemu. Jarang benar beliau skip kelas kecuali beliau benar-benar ada kecemasan. Itupun beliau akan menghantar sms memberitahu ketidakhadiran bersebab beliau.

Semasa sesi kelas, kerap kali juga Mia tidak mahu melakukan aktiviti atau latihan. Biasa lah, kanak-kanak. Mereka lebih minat hanya hendak bermain sahaja. Tetapi En. Azman seorang yang penyabar. Beliau sentiasa memujuk dan memberi perangsang kepada Mia. Kata-kata pujian diperlukan untuk kanak-kanak ini bersemangat melakukan latihan. Setiap kali Mia berjaya melakukan satu-satu latihan En.Azman dan saya akan memujinya. Dengan cara ini kelas berjalan dalam suasana gembira yang dapat diterima oleh Mia. Akhirnya apa yang dilakukan oleh En.Azman berbalas. Mia sudah boleh berenang dalam jarak 15 meter tanpa apa-apa alat bantuan.

Dua perkara penting yang tidak boleh ditinggalkan oleh ibubapa yang berhasrat melihat anak-anak mereka boleh berenang sejak kecil lagi ialah :

  1. KONSISTEN
  2. KESABARAN YANG TINGGI

Untuk itu mari kita saksikan bagaimana Mia berenang dalam jarak 15 meter di kolam Presint 11 dalam video di bawah

Kelas Renang Kanak-kanak

Deep Water Confident

Berenang

berenang

 

Memperkenalkan program baru dari kami – Deep Water Confident 

Ramai orang yang boleh berenang dengan baik di kolam tetapi apabila diajak berenang di laut terbuka rata-rata akan menggelengkan kepala atas pelbagai alasan. Alasan utama yang sering diberi – “alamak! takutla..” Jadi menyedari ramai yang teringin berenang di laut tetapi mempunyai perasaan takut yang tinggi, tidak yakin dengan skill renang yang dimiliki, kami di smart-renang menyediakan dan memberi peluang  kepada individu atau kumpulan yang ingin membina keyakinan yang tinggi mengatasi ketakutan tersebut.

Silibus yang akan diajar dalam program ini :

  1. Memahami perbezaan buoyancy di laut berbanding kolam (shallow water)
  2. Water Treading – bagaimana mengapungkan diri dengan penggunaan tenaga yang paling minima (shallow and deep water)
  3. Group Formation (deep water)
  4. Berenang beberapa meter ke arah buoy yang disediakan sambil diiringi jurulatih dan juga kayak.

Peralatan yang disediakan semasa program :

  1. Life Jacket
  2. Buoy Ball
  3. Kayak Pengiring
  4. Swimming Floaties

Program ini disediakan atas permintaan. Minima peserta yang diperlukan untuk menjalankan program ini ada adalah sekurang-kurangnya 4 orang. Jadual program ialah hari Ahad.

Venue :

Program ini akan dijalankan di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson.

peralatan

 

Sekiranya anda mempunyai kumpulan minima 4 orang dan berminat mendapatkan pengalaman berenang di laut terbuka, program ini amat berguna sebagai beginner. Hubungi saya di sini 

 

Berenang

Berenang : Panduan Asas

Berenang

berenang

 

Non-swimmer  yang ingin belajar berenang akan tiba di tepi kolam renang dalam pelbagai bentuk  yang berbeza samada dari segi bentuk badan mahupun umur. Ada yang datang dengan keberanian dan keyakinan yang tinggi, ada yang secara semulajadinya takut gila kepada air dan ada juga yang blur..! Adakah ini kedengarannya perkara  biasa?

Adakah anda mempunyai keinginan membara untuk belajar berenang? Berenang  boleh dikatakan adalah salah satu bentuk senaman yang paling lengkap kerana ia melibatkan pergerakan  semua kumpulan otot utama dalam badan dan juga melibatkan sistem pernafasan.

Berenang tidak memberikan kesan tekanan kepada sendi utama dalam badan dan dengan itu selamat bagi kebanyakan orang semasa melakukannya. Ramai di kalangan kita yang boleh berenang tetapi ramai lagi yang tidak boleh! Jika anda salah seorang dari golongan yang tidak boleh berenang, anda mungkin berasa seperti anda kehilangan sesuatu sedangkan semua orang lain di sekeliling anda boleh melakukannya.

Bagi sesetengah orang  yang tiba di tepi kolam renang untuk belajar berenang ia akan menjadi satu pencapaian yang besar bagi dirinya dan halangan pertama untuk memulakan langkah adalah ketika  memasuki air. Macam-macam bermain di fikiran. ‘Alamak! Boleh ke aku berenang ni!’ . Itu mungkin perkataan pertama yang terdetik di hati.

Untuk mengubat sedikit keresahan di hati, anda perlu  memahami apa itu daya keapungan dan keupayaan anda sendiri untuk terapung barulah anda akan mula sedikit tenang dan menghargai air.

Langkah seterusnya ialah belajar menangani situasi ketika muka mula tenggelam samada secara separa dahulu kemudian secara penuh dan juga belajar menahan  nafas. Bagi sesetangah orang, ini adalah sesuatu yang menakutkan. Sekali lagi, belajar untuk menangani muka yang basah dan penenggelaman separa sahaja akan membantu untuk menenangkan diri. Tenang semasa berenang adalah penting dan dengan menggabungkan pengapungan dan penenggelaman bersama-sama akan membantu memudahkan perjalanan anda semasa belajar berenang. Selepas itu, apa yang anda lakukan dengan tangan dan kaki anda akan menjadi semakin  mudah!  Selamat belajar.

Berenang