yuran kelas renang

2017 tahun poket ‘sakit’

Assalam warga maya semua. 
Tahun 2017 rata-rata ibubapa mengatakan tahun poket sakit. Tahun yang dikatakan ibubapa terbeban dengan peningkatan kos perbelanjaan sekolah anak-anak. ” Peningkatan kos adalah dari pakaian, beg, kasut sekolah sehinggalah kepada kenaikan yuran dan tambang bas sekolah” (kesan kepada kenaikan minyak)

Kami smart-renang merasai juga bebanan ini yang memberi impak kepada  kos operasi. Tetapi untuk tidak menambah beban kepada ibubapa yang menghantar anak-anak ke kelas renang kami, smart-renang mengambil keputusan “mengekalkan harga yuran kelas RM80 sebulan” 

Walaupun agak sakit untuk kami meneruskan operasi dengan harga sebegini tetapi demi memastikan semua golongan dapat menyertai kelas kami, harga yuran termurah ini masih dikekalkan. Ini jaminan kami

Selamat berenang untuk semua

yuran RM80 kekal

 

raya aidil adha

Cuti Raya Haji 2015

raya aidil adha

Salam kepada semua pelajar smart-renang. Sempana hari raya Haji@Aidil Adha yang jatuh pada 24hb Sept 2015  ( hari Khamis ), kelas smart-renang akan CUTI REHAT pada hari ahad berikutnya ialah 27hb Sept 2015.
TIADA sebarang aktiviti kelas pada minggu tersebut. Kelas akan berjalan seperti biasa pada minggu berikutnya.
Harap maklum. Kami mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pelajar dan ibubapa.

Terimakasih.

side breathing butterfly

Side Breathing Butterfly Swim

Berenang Gaya Butterfly

SIDE BREATHING BUTTERFLY :

Pada kebiasaannya apabila berenang gaya Butterfly, perenang akan mengambil nafas dengan kedudukan kepala melihat ke hadapan, sama seperti mengambil nafas dalam gaya Breaststroke.

Tetapi ada satu lagi teknik yang digunakan semasa mengambil nafas semasa berenang butterfly – side breathing. Iaitu perenang akan mengambil nafas pada sebelah tepi sama seperti mengambil nafas dalam gaya freestyle.

Teknik ini digunakan bagi mengurang penggunaan tenaga semasa mengambil nafas…Kepada yg dah biasa mengambil nafas dgn kedudukan kepala melihat ke hadapan, anda boleh mencuba teknik ini dan rasakan perbezaan penggunaan tenaga yg diperlukan semasa bernafas..selamat mencuba

 

 

Berenang Gaya Butterfly

kelas renang baby atau bayi

Konsisten dan Kesabaran

Kelas Renang Kanak-kanak

 

Di bawah ini adalah video En.Azman dan anak kecilnya bernama Mia. Mia baru berumur dalam lingkungan 3 tahun lebih. Seperti ibubapa zaman ini, En.Azman ingin melihat anaknya pandai berenang dari usia kanak-kanak lagi. En.Azman bukan sekadar ingin melihat anaknya pandai berenang sahaja, tetapi beliau mempunyai keazaman yang kuat untuk melihat Mia betul-betul boleh berenang. Keinginan dan keazaman En.Azman itu seiring dengan usahanya membawa Mia ke kelas renang hampir setiap minggu tanpa jemu. Jarang benar beliau skip kelas kecuali beliau benar-benar ada kecemasan. Itupun beliau akan menghantar sms memberitahu ketidakhadiran bersebab beliau.

Semasa sesi kelas, kerap kali juga Mia tidak mahu melakukan aktiviti atau latihan. Biasa lah, kanak-kanak. Mereka lebih minat hanya hendak bermain sahaja. Tetapi En. Azman seorang yang penyabar. Beliau sentiasa memujuk dan memberi perangsang kepada Mia. Kata-kata pujian diperlukan untuk kanak-kanak ini bersemangat melakukan latihan. Setiap kali Mia berjaya melakukan satu-satu latihan En.Azman dan saya akan memujinya. Dengan cara ini kelas berjalan dalam suasana gembira yang dapat diterima oleh Mia. Akhirnya apa yang dilakukan oleh En.Azman berbalas. Mia sudah boleh berenang dalam jarak 15 meter tanpa apa-apa alat bantuan.

Dua perkara penting yang tidak boleh ditinggalkan oleh ibubapa yang berhasrat melihat anak-anak mereka boleh berenang sejak kecil lagi ialah :

  1. KONSISTEN
  2. KESABARAN YANG TINGGI

Untuk itu mari kita saksikan bagaimana Mia berenang dalam jarak 15 meter di kolam Presint 11 dalam video di bawah

 

Kelas Renang Kanak-kanak

 

berenang di laut terbuka

Deep Water Confident

Berenang

 

 

Memperkenalkan program baru dari kami – Deep Water Confident 

Ramai orang yang boleh berenang dengan baik di kolam tetapi apabila diajak berenang di laut terbuka rata-rata akan menggelengkan kepala atas pelbagai alasan. Alasan utama yang sering diberi – “alamak! takutla..” Jadi menyedari ramai yang teringin berenang di laut tetapi mempunyai perasaan takut yang tinggi, tidak yakin dengan skill renang yang dimiliki, kami di smart-renang menyediakan dan memberi peluang  kepada individu atau kumpulan yang ingin membina keyakinan yang tinggi mengatasi ketakutan tersebut.

Silibus yang akan diajar dalam program ini :

  1. Memahami perbezaan buoyancy di laut berbanding kolam (shallow water)
  2. Water Treading – bagaimana mengapungkan diri dengan penggunaan tenaga yang paling minima (shallow and deep water)
  3. Group Formation (deep water)
  4. Berenang beberapa meter ke arah buoy yang disediakan sambil diiringi jurulatih dan juga kayak.

Peralatan yang disediakan semasa program :

  1. Life Jacket
  2. Buoy Ball
  3. Kayak Pengiring
  4. Swimming Floaties

Program ini disediakan atas permintaan. Minima peserta yang diperlukan untuk menjalankan program ini ada adalah sekurang-kurangnya 4 orang. Jadual program ialah hari Ahad.

Venue :

Program ini akan dijalankan di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson.

peralatan

 

Sekiranya anda mempunyai kumpulan minima 4 orang dan berminat mendapatkan pengalaman berenang di laut terbuka, program ini amat berguna sebagai beginner. Hubungi saya di sini 

 

Berenang

freestyl swim

Berenang : Panduan Asas

Berenang

 

Non-swimmer  yang ingin belajar berenang akan tiba di tepi kolam renang dalam pelbagai bentuk  yang berbeza samada dari segi bentuk badan mahupun umur. Ada yang datang dengan keberanian dan keyakinan yang tinggi, ada yang secara semulajadinya takut gila kepada air dan ada juga yang blur..! Adakah ini kedengarannya perkara  biasa?

Adakah anda mempunyai keinginan membara untuk belajar berenang? Berenang  boleh dikatakan adalah salah satu bentuk senaman yang paling lengkap kerana ia melibatkan pergerakan  semua kumpulan otot utama dalam badan dan juga melibatkan sistem pernafasan.

Berenang tidak memberikan kesan tekanan kepada sendi utama dalam badan dan dengan itu selamat bagi kebanyakan orang semasa melakukannya. Ramai di kalangan kita yang boleh berenang tetapi ramai lagi yang tidak boleh! Jika anda salah seorang dari golongan yang tidak boleh berenang, anda mungkin berasa seperti anda kehilangan sesuatu sedangkan semua orang lain di sekeliling anda boleh melakukannya.

Bagi sesetengah orang  yang tiba di tepi kolam renang untuk belajar berenang ia akan menjadi satu pencapaian yang besar bagi dirinya dan halangan pertama untuk memulakan langkah adalah ketika  memasuki air. Macam-macam bermain di fikiran. ‘Alamak! Boleh ke aku berenang ni!’ . Itu mungkin perkataan pertama yang terdetik di hati.

Untuk mengubat sedikit keresahan di hati, anda perlu  memahami apa itu daya keapungan dan keupayaan anda sendiri untuk terapung barulah anda akan mula sedikit tenang dan menghargai air.

Langkah seterusnya ialah belajar menangani situasi ketika muka mula tenggelam samada secara separa dahulu kemudian secara penuh dan juga belajar menahan  nafas. Bagi sesetangah orang, ini adalah sesuatu yang menakutkan. Sekali lagi, belajar untuk menangani muka yang basah dan penenggelaman separa sahaja akan membantu untuk menenangkan diri. Tenang semasa berenang adalah penting dan dengan menggabungkan pengapungan dan penenggelaman bersama-sama akan membantu memudahkan perjalanan anda semasa belajar berenang. Selepas itu, apa yang anda lakukan dengan tangan dan kaki anda akan menjadi semakin  mudah!  Selamat belajar.

Berenang

Who-is-the-real-lifeguard

Siapa Life Guard sebenar semasa anak2 sedang berenang?

Life Guard

 

Ramai ibubapa mengambil mudah perkara ini. Apabila mereka membawa anak-anak ke kolam renang, mereka menyangka anak-anak akan selamat bila terdapat Life Guard bertugas. Tanpa memerhatikan anak-anak yang sedang bermain air atau berenang, mereka leka dengan aktiviti sendiri. Membaca akhbar atau berbual-bual dengan rakan-rakan misalnya. Bagi mereka, tanggungjawab dilepaskan sepenuhnya pada Life Guard bertugas.

Untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan juga golongan seperti di atas, barangkali rencana di bawah ini dapat membantu mereka mengubah tanggapan SIAPA Life Guard sebenarnya semasa melepaskan anak-anak bermain air atau berenang sendirian. Semoga rencana ini bermanfaat untuk kita semua terutamanya ibubapa yang sering membawa anak-anak ke kolam renang atau pun di laut.

I was doing the usual mom chit-chat at Scouts while my son worked towards his water safety badge and fielded the inevitable question from the Scout leader, ‘what do you do?’. My answer, “I’m a global activist working to end child drowning. One child drowns every minute.” And then came the typical response, “Wow, I didn’t know it was such an issue, but it is certainly needed, the lifeguards need to do a much better job.” She then related a story about how she and her husband were at a pool with their baby and 3-year old son. She was sitting at the side holding the baby, her husband was in another area, and the 3-year old suddenly went past his depth and was bobbing up and down under the water, drowning. She screamed for the lifeguard, her husband screamed for the lifeguard but also managed to get to their son before any serious injury occurred. – .klik di sini

 

 

Life Guard

freestyle swim

Kelebihan Berenang

Renang

berdasarkan hadith:-

“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah
(hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
 
berenang adalah sukan yang memang banyak kelebihan. sebab itu Nabi menyarankan kita untuk belajar berkuda, berenang dan memanah. Berdasarkan kajian yang dijalankan di kelas renang Brooklyn College New York; pelajar yang berenang setiap 30 hingga 60 minit sehari memperlihatkan:-
 

-tahap tension, stress dan marah yang rendah dan pertambahan tenaga dari sebelumnya.
-dapat membantu mengekalkan berat badan yang ideal
-memberi lebih tenaga dan stamina untuk bekerja,
-memudahkan anda menangani stress dan kerunsingan,
-mengurangkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kegemukan,
-memberi kerehatan dan tidur yang lena, melicinkan peredaran darah dan pernafasan, dan memperbaiki penampilan diri anda.

penampilan diri? haha..berenang ni sebenarnya membantu orang yang nk bentuk badan dia jugak. sebab berenang memang menggunakan seluruh otot-otot badan. kepala, bahu, pinggang, tangan, kaki. Jadi sememangnya berenang ni unik dari sukan lain. contohnya jogging. biasanya penggunaan otot bahagian bawah paling kerap digunakan, tp untuk renang, bahagian atas pinggang paling banyak digunakan. hingga kepala pon digunakan. banyak kajian menunjukkan yang sukan renang paling menyihatkan. paling kurang risiko untuk dapat kecederaan. dan kadar pembakaran kalori yang sangat tinggi.

dari pengalaman sendiri pun, memang rasa lah ape yang dikatakan tu. kalau nak dibandingkan dengan sukan lain. sukan lain pon penat jugak. tapi penat renang ni lain sikit. sebab kita tak terlalu push otot kita berkerja. tp akan rasa jugak sikit lenguh-lenguh gitu. benda ni normal sebab respirasi anaerobik akan menghasilkan asid laktik. jadi bila asid laktik tu berkumpul kat otot yang berkerja kuat dari biasa. tu yang lenguh. secara peribadi, renang ni memang akan naikkan stamina kita sebab pernafasan yang betul semasa berenang akan buat kita dapat control kepenatan kita. paling aku rasa jelas, ialah pasal hilangkan stress tu. memang best la dalam air tu..entahlaa.. nak cakap pun, kene rasa sendiri baru tahu lah..huhu..

biasanya orang segan nak berenang sebab pakaian. yep, itu faktor terbesar kan. tapi ade je sekarang pakaian renang muslimah. yang laki boleh je pakai full set (baju renang+ seluar panjang). ikut hati je sebenarnya. kemahiran berenang ni adalah kemahiran yang tak ternilai dalam hidup kita sebenarnya. kita tak tahu apa yang akan jadi di masa akan datang kan. 70% dari bumi kita ni pon terdiri dari laut, tasik. kalaulah kita terdesak satu masa nanti, insyallah membantu. tak salah nak persiapkan diri. bayangkan pulak kalau kita di dalam situasi kecemasan. anak jatuh air, isteri jatuh air. boleh jugak kita selamatkan. kalau anak ke, isteri ke mungkin kita boleh ade pengganti yang baru. tapi kalau mak atau ayah? haa…pikir2lah ye..jom belajar renang..sunnah tu~

Nota : Artikal asal  ini aku ambil dari blog http://muhammadhamizan.blogspot.com. Kredit kepada beliau.

Renang

PENGUMUMAN CUTI : bulan puasa

Sempena menyambut akan kedatangan ramadhan al-mubarak, smart-renang telah mengambil keputusan bercuti 1 minggu awal dari tarikh bermulanya ramadhan.  Dengan ini diberitahu kepada semua pelajar-pelajar kelas renang | swimming lesson pada minggu terakhir ini 7hb July 2013, TIADA aktiviti kelas dijalankan. CUTI!.

Tarikh bila kelas renang | swimming lesson smart-renang dibuka semula akan diberitahu kemudian di laman web ini. Harap maklum. Kepada semua semua pelajar2 Islam, kami mengucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak.

Cuti Kelas 24hb March 2013

Cuti Kelas Renang

cuti kelas renang

Salam untuk semua.

Untuk makluman, pada hari ahad ini 24hb March 2013, saya akan menghadiri tournament International Swimathon Kapas Marang di Terengganu. Jadi pada hari tersebut  TIADA kelas renang dijalankan. Kelas smart-renang akan bercuti. Kelas akan berjalan seperti biasa pada minggu berikutnya. Harap maklum.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat bercuti (cuti sekolah). Kepada yg balik kampung atau bercuti ke mana-mana destinasi, berhati-hati di jalan raya.

Terimakasih

Cuti Kelas Renang