Kelebihan Berenang

Renang

berdasarkan hadith:-

“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah
(hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
 
berenang adalah sukan yang memang banyak kelebihan. sebab itu Nabi menyarankan kita untuk belajar berkuda, berenang dan memanah. Berdasarkan kajian yang dijalankan di kelas renang Brooklyn College New York; pelajar yang berenang setiap 30 hingga 60 minit sehari memperlihatkan:-
 

-tahap tension, stress dan marah yang rendah dan pertambahan tenaga dari sebelumnya.
-dapat membantu mengekalkan berat badan yang ideal
-memberi lebih tenaga dan stamina untuk bekerja,
-memudahkan anda menangani stress dan kerunsingan,
-mengurangkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kegemukan,
-memberi kerehatan dan tidur yang lena, melicinkan peredaran darah dan pernafasan, dan memperbaiki penampilan diri anda.

penampilan diri? haha..berenang ni sebenarnya membantu orang yang nk bentuk badan dia jugak. sebab berenang memang menggunakan seluruh otot-otot badan. kepala, bahu, pinggang, tangan, kaki. Jadi sememangnya berenang ni unik dari sukan lain. contohnya jogging. biasanya penggunaan otot bahagian bawah paling kerap digunakan, tp untuk renang, bahagian atas pinggang paling banyak digunakan. hingga kepala pon digunakan. banyak kajian menunjukkan yang sukan renang paling menyihatkan. paling kurang risiko untuk dapat kecederaan. dan kadar pembakaran kalori yang sangat tinggi.

dari pengalaman sendiri pun, memang rasa lah ape yang dikatakan tu. kalau nak dibandingkan dengan sukan lain. sukan lain pon penat jugak. tapi penat renang ni lain sikit. sebab kita tak terlalu push otot kita berkerja. tp akan rasa jugak sikit lenguh-lenguh gitu. benda ni normal sebab respirasi anaerobik akan menghasilkan asid laktik. jadi bila asid laktik tu berkumpul kat otot yang berkerja kuat dari biasa. tu yang lenguh. secara peribadi, renang ni memang akan naikkan stamina kita sebab pernafasan yang betul semasa berenang akan buat kita dapat control kepenatan kita. paling aku rasa jelas, ialah pasal hilangkan stress tu. memang best la dalam air tu..entahlaa.. nak cakap pun, kene rasa sendiri baru tahu lah..huhu..

biasanya orang segan nak berenang sebab pakaian. yep, itu faktor terbesar kan. tapi ade je sekarang pakaian renang muslimah. yang laki boleh je pakai full set (baju renang+ seluar panjang). ikut hati je sebenarnya. kemahiran berenang ni adalah kemahiran yang tak ternilai dalam hidup kita sebenarnya. kita tak tahu apa yang akan jadi di masa akan datang kan. 70% dari bumi kita ni pon terdiri dari laut, tasik. kalaulah kita terdesak satu masa nanti, insyallah membantu. tak salah nak persiapkan diri. bayangkan pulak kalau kita di dalam situasi kecemasan. anak jatuh air, isteri jatuh air. boleh jugak kita selamatkan. kalau anak ke, isteri ke mungkin kita boleh ade pengganti yang baru. tapi kalau mak atau ayah? haa…pikir2lah ye..jom belajar renang..sunnah tu~

Nota : Artikal asal  ini aku ambil dari blog http://muhammadhamizan.blogspot.com. Kredit kepada beliau.

Renang

Posted in Berita Terkini and tagged , , .

+Mohd Bazli
Kelas Renang Putrajaya - sertai kelas renang kanak-kanak,dewasa dan muslimah. Kelas Renang di Putrajaya. Kelas Renang terbuka untuk semua peringkat pelajar tadika, pelajar sekolah, kolej, universiti, syarikat, korporat dan sebagainya.

2 Comments

  1. Assalamualaikum wbt.

    Memang baguslah artikel@ yang dimasukkan dalam website ni..saya nak tanya kalau di Terengganu ada cawangan smart renang tak coz dah lama saya nak bawak anak-anak belajar renang tapi tak tahu kat mana di Terengganu.

    • Salam Aznida.
      Mula2 nak ucap salam ramadhan.
      Smart renang tak ada cawangan di Terengganu. Untuk pengetahuan Aznida, di mana ada semut di situ ada gula. Di mana ada kolam, kat situ dah tentu ada orang yg menawarkan kelas renang. Cumanya mereka ini tidak menyediakan laman web. Jadi tiada peluang mencari mereka secara online. Apa yg boleh Aznida buat ialah pergi ke kolam renang berdekatan (jika ada), survey kat situ. InsyaAllah akan ada individu yg menawarkan kelas renang di situ.
      Itu saja yang saya boleh bantu.
      Terimakasih

Comments are closed.