freestyl swim

Berenang : Panduan Asas

Berenang

 

Non-swimmer  yang ingin belajar berenang akan tiba di tepi kolam renang dalam pelbagai bentuk  yang berbeza samada dari segi bentuk badan mahupun umur. Ada yang datang dengan keberanian dan keyakinan yang tinggi, ada yang secara semulajadinya takut gila kepada air dan ada juga yang blur..! Adakah ini kedengarannya perkara  biasa?

Adakah anda mempunyai keinginan membara untuk belajar berenang? Berenang  boleh dikatakan adalah salah satu bentuk senaman yang paling lengkap kerana ia melibatkan pergerakan  semua kumpulan otot utama dalam badan dan juga melibatkan sistem pernafasan.

Berenang tidak memberikan kesan tekanan kepada sendi utama dalam badan dan dengan itu selamat bagi kebanyakan orang semasa melakukannya. Ramai di kalangan kita yang boleh berenang tetapi ramai lagi yang tidak boleh! Jika anda salah seorang dari golongan yang tidak boleh berenang, anda mungkin berasa seperti anda kehilangan sesuatu sedangkan semua orang lain di sekeliling anda boleh melakukannya.

Bagi sesetengah orang  yang tiba di tepi kolam renang untuk belajar berenang ia akan menjadi satu pencapaian yang besar bagi dirinya dan halangan pertama untuk memulakan langkah adalah ketika  memasuki air. Macam-macam bermain di fikiran. ‘Alamak! Boleh ke aku berenang ni!’ . Itu mungkin perkataan pertama yang terdetik di hati.

Untuk mengubat sedikit keresahan di hati, anda perlu  memahami apa itu daya keapungan dan keupayaan anda sendiri untuk terapung barulah anda akan mula sedikit tenang dan menghargai air.

Langkah seterusnya ialah belajar menangani situasi ketika muka mula tenggelam samada secara separa dahulu kemudian secara penuh dan juga belajar menahan  nafas. Bagi sesetangah orang, ini adalah sesuatu yang menakutkan. Sekali lagi, belajar untuk menangani muka yang basah dan penenggelaman separa sahaja akan membantu untuk menenangkan diri. Tenang semasa berenang adalah penting dan dengan menggabungkan pengapungan dan penenggelaman bersama-sama akan membantu memudahkan perjalanan anda semasa belajar berenang. Selepas itu, apa yang anda lakukan dengan tangan dan kaki anda akan menjadi semakin  mudah!  Selamat belajar.

Berenang

Posted in Berita Terkini and tagged , .

Mohd Bazli

+Mohd Bazli
Kelas Renang Putrajaya - sertai kelas renang kanak-kanak,dewasa dan muslimah. Kelas Renang di Putrajaya. Kelas Renang terbuka untuk semua peringkat pelajar tadika, pelajar sekolah, kolej, universiti, syarikat, korporat dan sebagainya.