Selamat Datang

Kelas Renang

Sertai kelas renang bersama smart-renang.com hari ini juga. Saya mengalu-alukan kepada individu samada lelaki, wanita atau kanak-kanak yang ingin mempelajari cara berenang, ingin memperbetulkan teknik renang atau meningkatkan kemahiran renang. Pelbagai kategori disediakan bagi memenuhi permintaan  anda samada secara personal coaching atau private, individu, kumpulan atau bersama keluarga.

Dengan motto kami ‘semua orang mampu berenang InsyaAllah saya akan membimbing anda secara langkah demi langkah dan dari zero to hero. Jika anda tidak mempunyai keyakinan untuk menyertainya, anda boleh datang dan melihat sendiri dahulu. Sesi percubaan  ujian keberanian secara PERCUMA juga sedia dipertimbangkan.

Selain dari kelas renang saya juga mengalu-alukan individu atau kumpulan yang ingin mempelajari kemahiran menyelamat. Saya juga ada menyediakan kursus menyelamat atau life saving peringkat Bronze Medallion.

Hubungi saya sekarang!

 

Kelas Renang

Share

Kapas Marang Swimathon 2012 – Cuti Kelas

Kapas Marang Swimathon

Kapas Marang Swimathon

Kapas Marang Swimathon 2009

 Salam kepada semua. Pemberitahuan – semua kelas smart-renang akan dicutikan (betul ke perkataan nih!) bermula pada Jumaat 27hb April – Ahad 29hb April 2012. Ini adalah kerana pada Jumaat malam 27hb tu saya dan rakan2 akan berangkat ke Terengganu. Kami akan menyertai pertandingan Kapas Marang International Swimathon 2012. Pertandingan renang open sea (laut terbuka) yang mengambil jarak 6.5km. Kepada semua pelajar-pelajar smart-renang.com harap maklum. Kelas akan beroperasi semula pada minggu berikutnya.

Kapas Marang Swimathon

Share

Goggle

Goggle Renang

goggle renang

Salam kepada pembaca semua. Hari ini saya hendak memperkenalkan satu produk baru – goggle.  Keluaran Aquasphere. Saya telah mencubanya. Rekabentuk yang cukup menarik. Sangat sesuai untuk renang Open Water. Di bawah saya sediakan detail berkenaan produk tersebut. Kepada yang berminat untuk mendapatkan produk ini, bolehlah hubungi saya di bahagian kaunter pertanyaan. Harga RM89.00

Manufacturer : AQUASPHERE 
Hightlights : Oversized lenses with the patented curved lens technology gives you style while providing an undistorted, expanded, 180-degree field of vision. The Kayenne with clear lenses are designed to provide the greatest visibility.An all new super slim microframe keeps the goggle close to the face for superior, low-drag hydrodynamic performance. The Kayenne is easily the most superior performance swim goggle available• Oversized, ultra durable Plexisol® lens for 4-point expanded, 180-degree visibility.
• One-touch, Quick-Fit Buckle for perfect fit with simple adjustments – even while wearing
• Stabilizing nose bridge keeps fitting secure and comfortable
• 100% UV protection
• Antifog and UV lens treatment for long lasting clarity
• Silicone strap for comfort and durability
Designed for : Swimmer
Also good for : Triathlete, Open water swim
Sizes : Data not available
Colors : Black/Red, Clear, Black/Grey, Black/Green

Goggle Renang

Share

Panduan Teknik Renang Freestyle : Ebook

Panduan Renang

panduan renang

Teknik Freestyle

Salam pembaca budiman sekelian.

Saya benbaz  ada mengeluarkan satu pendedahan mudah  teknik berenang gaya freestyle dalam bentuk ebook. Ebook ini diberi nama Teknik Renang -Panduan Renang Gaya Freestyle.   Panduan ini satu-satunya panduan renang yang mudah dan berkesan. Ia disampaikan dalam bentuk 2 file, ebook dan video yang belum pernah dikeluarkan oleh sesiapa (malaysia).

Panduan unik ini buat pertama kalinya diterbitkan oleh saya dengan dibantu oleh Azlina berdasarkan pengalaman, kelayakan dan skil-skil yang memudahkan sesiapa sahaja mempelajari ilmu teknik renang dengan berkesan. Antara yang didedahkan dalam ebook ini ialah :

  1. Mengajar anda bagaimana untuk belajar berenang dari mula sampai pandai.
  2. Anda juga dipersembahkan dengan tip-tip yang berguna sebelum anda bermula mempelajari panduan teknik renang Freestyle.
  3. Konsep renang yang perlu diketahui juga diolah dengan susunan maklumat yang cukup menarik.
  4. Dengan ebook ini, anda dapat mengubah persepsi takut kepada air kepada seronok bila berada di dalam air.
  5. Menceritakan teknik berenang dari asas.
  6. Rahsia melindungi telinga, hidung dan mulut dari memasuki air sewaktu berenang.
  7. Anda hanya perlu menggunakan 1 teknik __________ untuk menghalang air dari memasuki telinga anda. Untuk menjamin kedudukan teliga anda lebih selesa, anda haruslah memakai alat kecil yang sesuai. Alat ini dipanggil ______________.
  8. Menerangkan istitlah-istilah yang digunakan semasa sesi belajar berenang.
  9. Setiap langkah disertakan dengan penerangan video.
  10. Apakah alat bantuan yang perlu digunakan untuk belajar renang freestyle?
Untuk keterangan lanjut, anda boleh ke www.teknikrenang.com atau klik terus di sini

Panduan Renang

Share

Copyright © All Rights Reserved · Green Hope Theme by Sivan & schiy · Proudly powered by WordPress